Saturday, July 9, 2011

KESALAHAN TATABAHASA

Peringatan kepada pelajar:

- Lazimnya terdapat 3 kesalahan dalam satu ayat.
- Salin semula ayat dan betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat
tersebut.
- Jangan ubah struktur ayat berkenaan.

Jenis-jenis kesalahan yang lazim dikemukakan dalam soalan

A. Kesalahan perkataan atau kosa kata

Contoh:
Ahmad keciwa = sepatutnya kecewa (kesalahan ejaan)
Pelancung = pelancong (kesalahan ejaan)
Perabut = perabot (kesalahan ejaan)
Pergi Melancung = sepatutnya melancong
(kesalahan penggunaan perkataan)
Tinggal di pendalaman = sepatutnya pedalaman
(kesalahan penggunaan perkataan)


B. Kesalahan frasa mengikut hukum D – M
Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti
yang hadir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan)
hadir pada kedudukan yang kedua dalam frasa ayat

Contoh:
Cili sos = sepatutnya sos cili
Nusantara Restoran = sepatutnya Restoran Nusantara
Mini bas = sepatutnya bas mini
Kredit kad = sepatutnya kad kredit


C. Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku kaum
mesti digunakan apabila kita hendak menyebut sesuatu kaum, suku
kaum, bangsa, keturunan atau bahasa.

Contoh:

Penduduk negeri Johor kebanyakannya Melayu
Penduduk negeri Johor kebanyakannya orang Melayu

Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun
Bangsa Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun

Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini
Kaum Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini

Bahasa yang digunakan itu ialah Melayu, bukan Inggeris
Bahasa yang digunakan itu ialah bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris

Sarawak telah lama didiami oleh Iban
Sarawak telah lama didiami oleh kaum Iban

D. Kesalahan makna ayat yang tidak jelas

Contoh:

Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga memerlukan teknik sinar-X
untuk mengkajinya

Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga untuk mengkajinya
diperlukan teknik sinar-X.

E. Kesalahan ayat yang tidak mempunyai subjek

Contoh:

Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma berjumlah
RM2.00 sekilo

Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlah
RM2.00 sekilo


F. Ayat tergantung

Contoh:

Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim
Penjenayah itu dijatuhi hukuman oleh hakim


G. Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut taraf
sosial seseorang

Contoh:

Baginda berucap kepada pembesar negeri
Baginda bertitah kepada pembesar negeri


H. Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh
penyambut (objek)

Contoh:

Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya
Ali melukis gambar untuk dihadiahkan kepada kakaknya


I. Kesalahan penggunaan kata sendi nama

Contoh:

Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu
Ketika keluar dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu


J. Kesalahan penggunaan kata jamak

Contoh:

Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar
Kebanyakan guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar


K. Kesalahan penggunaan kata ganda

Contoh:

Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di
Bangkok.

Perdana-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di
Bangkok


L. Kesalahan penggunaan kata imbuhan

Contohnya:

Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu
Kerajaan sedang memperbesar jalan raya di kampung itu


Contoh-Contoh
Penggunaan Kata, Frasa Dan Ayat

Salah Betul
1. Ada berbagai barang di kedai itu. - Ada berbagai-bagai barang di kedai itu./Ada pelbagai barang di
kedai itu.
2. Ali dihadiahkan sebuah buku harian. - Ali dihadiahi sebuah buku harian.
3. Di antara mereka yang hadir. - Antara mereka yang hadir.
4. Tambak Johor terletak antara - Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.
Johor Bahru dengan Singapura.
5 Banyak perbezaan di antara bilik Ali - Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim.
dengan bilik Kasim.
6. Bangunan itu adalah Daya Bumi. - Bangunan itu Daya Bumi.
7. Banyak orang datang. - Banyak orang yang datang.
8. Berbincang masalah. - Berbincang tentang masalah itu.
9. Berdasarkan kepada perkara itu. - Berdasarkan perkara itu.
10.Bergantung kepada. - Bergantung pada.
11.Berhubung itu. - Berhubung dengan itu.
12.Berkait itu. - Berkait dengan itu.
13.Berkaitan itu. - Berkaitan dengan itu.
14.Bersama. - Bersama-sama.
15.Beda. - Beza.
16. Bola itu Ali tendang. - Bola itu ditendang (oleh) Ali.
17.- Bola itu ditendang oleh saya.
- Bola itu saya menendang. - Bola itu saya tendang.
18. Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. - Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad.
19.Buku itu dia hantar ke perpustakaan. - Buku itu dihantar ke perpustakaan.
20.Buku itu dimasukkan dalam laci. - Buku itu dimasukkan di dalam laci.
21.Buku itu disimpan dalam laci. - Buku itu disimpan di dalam laci.
22.Di dalam hal itu. - Dalam hal itu.
23.Di dalam peperiksaan itu. - Dalam peperiksaan itu.
24.Dari Kedah hingga Sabah. - Dari Kedah ke Sabah.
25.Dari masa ke semasa. - Dari masa ke masa.
26.Dari semasa ke masa. - Dari semasa ke semasa.
27.Daripada segi. - Dari segi.
28.Dato’ Sri. - Dato’ Seri.
29.Datuk Sri. - Datuk Seri.
30.Dengan lain perkataan. - Dengan perkataan lain.
31.Dalam bilik itu. - Di dalam bilik itu.
32.Dia belajar dari pengalaman. - Dia belajar daripada pengalaman.
33.Dia datang bila dipanggil. - Dia datang apabila dipanggil.
34 - Dia memandang pada saya.
- Dia memandang kepada saya. - Dia memandang saya.
35.Dia berikan anaknya pelajaran. - Dia memberi anaknya pelajaran.
36.Dia berikan saya sebuah buku. - Dia memberi saya sebuah buku.
37.Dia memberi buku kepada saya. - Dia memberikan buku kepada saya.
38.Dia memberi pelajaran kepada anaknya.- Dia memberi anaknya pelajaran.
39.Dia memperisterikan Aminah. - Dia memperisteri Aminah.
40.Dia memperisteri anaknya dengan anak - Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar. guru besar
41.Dia menaiki bendera. - Dia menaikkan bendera.
42.Dia menceburkan diri di bidang - Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan. perniagaan
43.Dia mengambil apa sahaja. - Dia mengambil apa-apa sahaja.
44.Dia menolehkan pandangannya kepada - Dia menolehkan pandangannya pada saya
saya
45.Dibincangkan di dalam mesyuarat itu. - Dibincangkan dalam mesyuarat itu.
46.Dia merindukan anaknya. - Dia merindui anaknya.
47.Jangan memijak rumput. - Jangan pijak rumput.
48.Jauhilah daripada dadah. - Jauhilah dadah.
49.Berkesanan. - Keberkesanan.
50.Kedua belah pihak. - Kedua-dua belah pihak.
51.Kepimpinan. - Kepemimpinan.
52.Kereta itu melalui di jalan besar. - Kereta itu melalui jalan besar.
53.Letaklah di mana yang sesuai. - Letaklah di mana-mana yang sesuai.
54.Letaknya antara Kuala Lumpur dengan -Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang. Kajang
55.Maksudnya yang asalnya. - Maksudnya yang asal.
56.Melawat ke Eropah. - Melawat Eropah.
57.Melihat kepada/pada keindahannya. - Melihat keindahan.
58.Membincangkan tentang perkara itu. - Membincangkan perkara itu.
59.Menduduki di tempat kedua. - Menduduki tempat kedua.
60.Beg itu mengandung. - Beg itu mengandungi.
61.Mensiakan tanggungjawab. - Mensia-siakan tanggungjawab.
62.Mengunjungi ke Eropah. - Mengunjungi Eropah.
63.Mereka memberitahukan saya perkara itu. -Mereka memberitahu saya perkara itu.
64.Mereka memberitahu perkara itu kepada- Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya. saya
65.Mereka-mereka. - Mereka.
66.Oleh kerana itu. - Oleh sebab itu.
67.Merujuk kepada surat tuan - Merujuk surat tuan
68.Di masa - Pada masa
69.Pada pendapatan saya - Pada pendapat saya
70.Pada satu hari (bilangan) - Pada suatu hari (tak tentu harinya)
71.Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan - Para wartawan
72.Pegawai dari Jabatan Pendidikan - Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Negeri.
73.Pergilah ke mana pun - Pergilah kemana-mana pun.
74.Perkara itu ialah benar - Perkara itu adalah benar
75.Pilihlah mana yang sesuai - Pilihlah mana-mana yang sesuai
76.Ramai orang datang - Ramai orang yang datang
77. - Sebahagian wangnya didermakan
- Sebahagian dari wangnya didermakan.- Sebahagian daripada wangnya didermakan
78.Sehubungan itu - Sehubungan dengan itu
79.Selain dari/ daripada itu - Selain itu
80-.Semoga Allah mencucuri rahmat - Semoga Allah mencucurkan rahmat
ke atas rohnya ke atas rohnya
81.Semoga rohnya dicucurkan rahmat. - Semoga rohnya dicucuri rahmat.
82.Seperti yang kita telah katakan. - Seperti yang telah kita katakan.
83.Sri. - Seri (cahaya)
84.Setengah orang - Setengah-setengah orang
- Sesetengah orang
85.Surat dari Dewan Bahasa dan Pustaka - Surat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
86.Takutkan hantu. - Takut akan hantu.
87.Tan Seri. - Tan Sri.
88.Tanyalah siapa pun. - Tanyalah sesiapa pun.
- Tanyalah siapa-siapa pun.
89.Tiap orang / setiap-tiap orang - Tiap-tiap orang / setiap orang.
90.Tiga ayam. - Tiga ekor ayam
91.Yang mana - Yang
92.Melaporkan dari - Melaporkan berita dari
93.Amat pandai - Amat pandai sekali
94.Sangat kukuh - sangat kukuh sekali
95.sungguh gagah - sungguh gagah sekali
96.terbesar sekali - terbesar
- besar sekali
97.paling kuat sekali - paling kuat
- kuat sekali


Contoh Soalan Peperiksaan

1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua
projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar.

ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan
nasional di dalam negara yang berbilang kaum.

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi
hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).

ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.

3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.

ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.


Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan
tahun yang lalu.

2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak
kecil lagi.


Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,
Vietnam, Singapura, Laos, myanmar, dan kemboja.

2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang
pintar.


Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan
keselamatan bayi yang di kandung.

2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam
tahun," berkata pensyarah tersebut.


Latihan 4

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.


1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias
kepada ibunya.

2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan
ahli persatuan ini.


Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.

2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik
dan perfileman tanahair.


Latihan 6

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi
kepada anaknya.

2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam
kepada lelaki itu.


Latihan 7

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.

2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.


Contoh Jawapan

Latihan 1

1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu
semenjak lapan tahun yang lalu.

2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa dan angsa
sejak kecil lagi.


Latihan 2

1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,
Vietnam, Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.

2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang
yang pintar.


Latihan 3

1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan
keselamatan bayi yang dikandung.

2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam
tahun," kata pensyarah tersebut.


Latihan 4

1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata
Alias kepada ibunya.

2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di
kalangan ahli persatuan ini.


Latihan 5

1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan
ekonomi negara.

2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya
industri muzik dan perfileman tanah air.


Latihan 6

1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya
Ramzi kepada anaknya.

2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam
kepada lelaki itu.


Latihan 7

1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan
tersebut.

2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.

No comments:

Post a Comment