Thursday, July 7, 2011

PPC MELAKA

PPC MELAKA

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) sama rata - menyamaratakan
(ii) salah guna - menyalahgunakan
(iii) putar belit - memutarbelitkan
[6 markah]

(b) Tulis perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan perbualan ini.

Zakuan : Kes penyalahgunaan dadah di negara ini masih tak berkurangan.
Fuad : Saya setuju. Kebanyakan remaja yang terjebak masih dalam usia yang muda.
Jannah : Pelik ya! Mengapa remaja kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah?
Fuad : Mungkin disebabkan kempen „Tak Nak Merokok‟ yang dilancarkan kurang berkesan.
Zakuan : Saya cadangkan lebih banyak badan bukan kerajaan seperti Pengasih diwujudkan untuk memulihkan mereka yang terlibat.
Fuad : Yang penting kesedaran ibu bapa perlu ditingkatkan.
[6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Keupayaan untuk membina negara bangsa amat bergantung pada sejauhmana nilai-nilai toleransi, sikap hormat-menghormati, serta patriotisma dapat dipupuk dan dikongsi oleh setiap lapisan rakyat tanpa perkiraan kaum dan agama. Oleh itu, dalam usaha kita untuk membina sebuah negara bangsa yang satu padu, di bahu para guru lah terletaknya satu amanah besar untuk semai nilai-nilai tersebut.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pencuri yang ditawan oleh pihak berkuasa akan dimasukkan di dalam lokap balai polis sebelum diambil tindakan selanjutnya.
(ii) Perkara itu akan diteliti dari masa ke semasa supaya pembangunan yang dibuat akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
(iii) Percakaran antara tentera Israel dengan rakyat Palestine telah mengorbankan banyak nyawa.
[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Syaima terkenang akan kehidupan keluarganya pada masa lalu. Hidup mereka amat susah dan miskin ibarat ____________(i)____________________________. Ayahnya bekerja mengambil upah memetik buah kelapa untuk menyekolahkan anak-anaknya. Ibunya sering menasihati mereka supaya belajar bersungguh-sungguh untuk menjamin masa depan kerana _____________________(ii)____________. Kini, walaupun Syaima sudah berjaya, beliau sentiasa menghargai pengorbanan kedua-dua ibu bapanya kerana ____________________(iii)____________________ .
[6 markah

No comments:

Post a Comment