Thursday, July 7, 2011

PPC PAHANG

PPC PAHANG

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat daripada setiap kata majmuk di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) kawal selia
(ii) kenal pasti
(iii) maklum balas
(iv) bedah siasat
(v) lintas langsung
(vi) susun atur
[6 markah]

(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Rasuah ialah penyakit sosial yang sukar dihapuskan sepenuhnya. Gejala ini mesti dibendung di semua peringkat dengan mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat. Amalan buruk ini mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan melumpuhkan ekonomi negara.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pihak penguasa berusaha untuk memberantas masaalah penyeludupan yang kerap berlaku di kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand.
(ii) Azizan mengirim ibunya sepucuk surat setelah dua minggu dia mengikuti khusus di pusat latihan itu.
(iii) Orang ramai tidak sepatutnya terpedaya oleh sekim pelaburan tertentu yang kononnya menjamin keuntungan yang lumayan.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pelumba basikal saling potong-memotong untuk memenangi perlumbaan peringkat kedua dalam kejohanan yang berprestasi itu.
(ii) Beberapa kawasan yang mereka lawati itu tidak mempunyai keselesaan asas yang mencukupi.
(iii) Tikus mengerip beberapa helai baju yang disimpan dalam almari itu hingga koyak dan tidak dapat digunakan lagi.
[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i) Disebabkan terlalu mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti diperoleh, barang yang sudah sedia ada dibuang.
(ii) Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan.
(iii) Hanya kerana melakukan kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan orang.
[6 markah]

No comments:

Post a Comment