Wednesday, July 6, 2011

PRAKTIS SISTEM BAHASA

PRAKTIS KENDIRI 3



Membetulkan Kesalahan Penggunaan Kata/Istilah Dan Tatabahasa (1)

(i) Wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan kerana menyalahgunakan pas kunjungan sosial mereka di dalam serbuan polis di sebuah pusat urut tradisional.

(ii) Kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan pemberiankemudahan visa sewaktu ketibaan kepada para-para pelancong asing mulai hari ini.

(iii) Bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh daripada meja direman selama tiga hari bagi membantu kajian.

[6 markah]

Membetulkan Kesalahan Penggunaan Kata/Istilah Dan Tatabahasa (2)

(i) Dua orang wanita maut sementara dua orang rakan mereka cedera apabila kereta dinaiki tergelincir lalu merempuh tiang papan tanda.

(ii) Beliau turut mendesak orang ramai di sekitar kawasan berdekatan supaya menghubungi polis sekiranya ternampak pendatang asing yang di dalam keadaan mencurigakan.

(iii) Jangan hanya kerana kepentingan politik yang sempit, ada di dalam kalangan kita sanggup menggadaikan keharmonian kaum dan masa depan negara.

[6 markah]

Membetulkan Kesalahan Penggunaan Kata/Istilah Dan Tatabahasa (3)

(i) Saya amat mengalu-alukan tugas pelbagai pihak membantu kerajaan memperkukuh perpaduan dengan pelbagai program yang bermanfaat.

(ii) Kemelesetan pelaburan langsung asing ke negara ini adalah disebabkan pelabur asing tidak mempunyai wang untuk dilaburkan

(iii) Keadaan ekonomi Eropah dan Amerika Syarikat tergugat ekoran krisis kewangan yang melanda negara terbabit sehingga ramai rakyatnya yang menganggur.

[6 markah]

Membetulkan Kesalahan Penggunaan Kata/Istilah Dan Tatabahasa (4)

(i) Perkahwinan merupakan kemuncak ikatan kasih sayang antara teruna dan dara selepas sekian lama menghayati hati budi masing-masing.

(ii) Hasil kaji siasat terhadap mayat itu, kematian mangsa disebabkan oleh hentakan benda keras pada belakang kepalanya

(iii) Gejala bekalan air yang kritikal mengganggu kelancaran operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam hospital berkenaan.

[6 markah]

Membetulkan Kesalahan Penggunaan Kata/Istilah Dan Tatabahasa (5)

(i) Dua orang pekerja warga Bangladesh yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan menempuh maut selepas tertimbus di dalam tapak pembinaan loji kumbahan.

(ii) Seramai 1,490 orang rakyat negara ini sedang menjalani hukuman penjara di pelbagai negara-negara dengan hampir separuh daripadanya kerana kesalahan penjualan dadah.

(iii) Kerajaan Pusat akan mengedarkan wang ihsan sebanyak RM14 juta pada 70,000 orang pelajar yang layak sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

No comments:

Post a Comment