Friday, July 22, 2011

Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2011 (volume 2) juga soalan novel

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) perilaku
(ii) prabayar
(iii) poliklinik
(iv) pancaindera
(v) prokerajaan
(vi) pascamerdeka....................................[6 markah]

(b) Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.

Cikgu Ani : Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam?
Sara : Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah.
Cikgu Ani : Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah saya tertunggu-tunggu awak.
Sara : Er...! Saya betul-betul dalam kecemasan.
Cikgu Ani : Sebenarnya apa yang berlaku, Sara?
Sara : Mak saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital.
............................................................................[6 markah]


(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin yang besar dan amat penting dalam penghidupan.

(ii) Kitar semula dapat menjimatkan kegunaan sumber semulajadi di samping menjamin kebersihan alam sekitar.

(iii) Sastrawan mendapat kepuasan dan keseronokkan jika buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat.
.....................................................................[6 markah]


(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan remaja di ibu kota.

(ii) Guru menyapa perlakuan pelajarnya yang agak kurang sopan bila bercakap dengan orang yang lebih tua.

(iii) Bersesuaian dengan kedudukan kampung kami di kawasan lapangan padi, semua para petani mengusahakan sawah yang diwarisi turun-temurun.
..........................................................[6 markah]

(e) Baca ayat yang mengandungi peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa lain yang setara maksudnya dengan peribahasa tersebut.
(i) Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan seperti cincin dengan permata kerana kedua-duanya sama cantik dan sama padan.

(ii) Sikap Liza yang melupakan jasa ibu angkatnya Marina, tidak ubah seperti ulat lupa akan daun kerana dia sanggup mengikut ibu kandungnya berpindah ke luar negara.

(iii) Walaupun Tan Sri Johan telah dilantik menjadi Pengerusi Syarikat Daya Maju yang terkenal di Asia Tenggara, beliau masih mengamalkan sikap rendah diri dan senang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. [6 markah]

Soalan 4 (a) : Novel
[15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Renyah

(ii) Sutera Dalam Lukisan


(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan nilai kebijaksanaan. [7 markah]

(b) Watak sampingan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan plot sesebuah novel. Huraikan dua perwatakan bagi satu watak sampingan dalam dua buah novel yang anda pelajari.
.......................................................[8 markah]

No comments:

Post a Comment