Friday, July 22, 2011

Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2011 (volume 3) juga soalan novel

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas.

i. tawar / tawar-menawar
ii. simpang / simpang-penerang
iii. turun / turun - temurun .............................[6 markah]

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian pisahkan ayat-ayat dalam petikan kepada enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Pembangunan Malaysia yang pesat telah menarik kemasukan pekerja asing. Mereka datang kerana negara kita aman dan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Mereka memperoleh gaji yang lumayan kerana mereka sanggup bekerja keras.
.............................................................................[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

i. Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur dengan tekun.

ii. Pegawai dari institusi pendidikan swasta diundang sebagai penal dalam sesi wawancara yang bertajuk ‘Menggunakan Komputer Dalam E-Pembelajaran’.

iii. Teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu kemistian dalam penghidupan manusia moden hari ini.
..............................................................................[6 markah]


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Sejak dari peristiwa itu, Norisah tidak pernah menengok ibunya di kampung.

ii. Kita mestilah saling bantu-membantu untuk menghasilkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

iii. Idwal menerangkan tentang faedah aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah.
..............................................................................[6 markah]
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata-kata hikmat yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza.

............Asma dan Dira ialah dua orang sahabat karib yang sentiasa melakukan sesuatu perkara bersama-sama sejak di bangku sekolah. Mereka berjanji untuk mengeluarkan modal sebanyak RM 10,000.00 seorang. Tetapi malangnya setelah semua persediaan dilakukan oleh Asma, tiba-tiba Dira menarik diri dan membatalkan perjanjian tersebut. Asma yang telah bersedia dari segi mental dan fizikal serta modal yang mencukupi berasa kecewa akan tindakan Dira. Akhirnya, Asma telah menyewa sebuah restoran yang strategik kedudukannya dan berpotensi untuk maju jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. [6 markah]




Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab kedua-dua soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang pernah anda pelajari.

(i) Renyah
(ii) Sutera Dalam Lukisan

(a) Setiap novel mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri.
Nyatakan dua perkara yang anda anggap menarik tentang sebuah novel yang anda kaji. ............................................................[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan tema yang terdapat dalam novel-novel tersebut. .....[8 markah]

No comments:

Post a Comment