Friday, July 22, 2011

TATABAHASA BAHASA MELAYU (Vol.4) juga soalan novel

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 Markah ]

Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gembar-gembur
(ii) hitam-legam
(iii) kusut-masai
(iv) semak-samun
(v) lintang-pukang
(vi) kering-kontang (6 markah)

(b) Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

Warga tua ialah golongan berusia 50 tahun ke atas. Mereka melalui pelbagai perkembangan. Perkembangannya termasuk yang pahit dan manis. Warga tua akan mengalami banyak perubahan secara fizikal. Mereka juga mengalami perubahan kognitif. Tubuh mula menyusut, rambut gugur, reput tulang dan masalah deria.Sepatutnya mereka dihormati. Seterusnya disayangi dan didampingi. Ada dalam kalangan masyarakat moden hari ini menganggap warga tua sebagai beban. (6 markah)

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar terpaksa ditunda kerana Pengetua terpaksa menghadirkan mesyuarat yang penting.
(ii) Puan Fatimah sedang menyiapkan deraf ucapan wakil rakyat yang akan merasmi bangunan baru sekolah.
(iii) Abdullah tidak terasa penat walaupun memandu dalam kesesakkan jalan raya setiap kali pergi dan balik kerja. (6 markah)

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pemenang perlawanan menggubah bunga dikehendaki naik ke pentas untuk menerima hadiah.
(ii) Cerpen yang ditulis oleh saya telah disiarkan dalam ruangan `Sudut Kreatif‟ majalah Dewan Siswa.
(iii) Berjuta ringgit dibelanjakan oleh Kementerian Pelajaran kerana membiayai pembangunan ICT di sekolah-sekolah. (6 markah)

(e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

(i) Sebulat suara
(ii) Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
(iii) Bagai lalang ditiup angin (6 markah)

Soalan 4 :
[ 15 Markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Renyah
(ii) Sutera Dalam Lukisan

(a) Pengarang sering kali mengetengahkan persoalan kepincangan masyarakat dalam sesebuah novel. Huraikan dua kepincangan masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. ( 7 Markah )

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. ( 8 Markah )

No comments:

Post a Comment